Portal Masyarakat Wikispesies

Portal Masyarakat Wikispesies mempunyai banyak pautan yang mengaitkan perkara-perkara yang diperlukan oleh seseorang untuk menambahkan pengetahuannya tentang kaedah-kaedah Wikispesies. Bagaimanapun, bentuknya serupa sahaja dengan Portal Masyarakat kita.

Kedai Kopi

Kedai Kopi Wikispesies ialah tempat untuk membincangkan projek Wikispesies. Halaman ini yang terbesar Wikispesies pada waktu ini adalah serupa dengan halaman perbualan rencana dalam Wikipedia.

Permohonan rencana

Bahagian permohonan rencana ialah bahagian yang kita akan melihat untuk rencana-rencana yang dipohon oleh sesetengah pembaca Wikispesies. Salah satu rencana yang dipohon dahulu ialah Crotalus. Rencana itu dicipta pada 1 Januari 2006 oleh pengguna Lycaon.

Piagam Am

Piagam Wikispesies yang ditulis oleh Jimmy Wales merupakan asas Wikispesies. Piagam itu menyatakan:

"Sebagaimana yang anda tahu, penciptaan projek ini telah menimbulkan perbalahan daripada beberapa pihak and oleh itu, saya mencadangkan pengembangan awal untuk sebuah garis panduan polisi yang kukuh dan tidak bercabang di sini, serta menggambarkan bagaimana Wikispesies amat berbeza daripada rencana-rencana ensiklopedia am.Di sini terdapat beberapa perkara utama yang lembaga telah mengemukakan sewaktu kami meluluskan projek ini:
  • WikiSpesies dibentukkan supaya ahli biologi dapat bermula mengendalikan projek.
  • Kami mencadangkan bahawa oleh sebab perisian telah dibangunkan, [Wikispesies] harus berusaha untuk menyokong perintegrasian dengan Wikipedia supaya penduaan usaha dapat mengelakkan, iaitu untuk mengelakkan percabangan.
  • Kami meminta penyerta-penyerta Wikispesies untuk berfikir tentang bagaimana usaha-usaha mereka dapat dibezakan daripada sebuah ensiklopedia am."

Bantuan

Halaman bantuan memberikan pengenalan untuk menyunting dalam Wikispesies. Halaman ini adalah serupa dengan halaman bantuan Wikpedia.

Rujukan

WikiPedia: Wikispesies http://en.wikipedia.org/wiki/User:Jimbo_Wales http://species.wikipedia.org/wiki/Current_events http://species.wikipedia.org/wiki/Main_Page http://species.wikipedia.org/wiki/Special:Random http://species.wikipedia.org/wiki/User:Open2univer... http://species.wikipedia.org/wiki/Wikispecies:Comm... http://species.wikipedia.org/wiki/Wikispecies:Requ... http://species.wikipedia.org/wiki/Wikispecies:Wiki... http://en.wikispecies.org/wiki/Crotalus http://en.wikispecies.org/wiki/Help:Contents